Setelah sekian lama aku tak membaca novel, tetiba masa di Dubai, bila aku sorang2 aku terasa macam nak beli novel. Tapi aku tak tahu novel apa patut aku baca.


Aku nampak satu novel ni. Pasal true story. Ok..saya suka pasal true story. Xberapa suka sangat pasal fiksyen. Sbb tak dapat bayang kan tempat dan keadaan masa dalam novel tu. Ada satu novel yang aku ternampak. {ernah sorang kawan rekemenkan tuk aku. Nama penulis tu Mitch Albom. Aku pun beli la nokel yang bertajuk Little Faith. Aku belum baca habis. Tapi aku belum faham apa yg dia maksudkan dalam novel tu.

Balik ja dari beli novel tu, aku menonton TV. Kartun The Simpsons. Ok...tetiba dalam tu ada watak Mitch, nak tulis cerita pasal Datuk dalam keluarga simpsons. Ok. Kenapa dah 2 kali Mitch Albom difikiran.

Arini lepas balik jer dari Dubai. Aku sorang2 dalam bilik. Mesti la sorang xkan ramai2 kot. huhuhu. Tetiba cam nak search citer Tuesday with Morrie. Lepas tonton 11 siri filem tu. Aku tetiba menangis. Tanpa disuruh. Huhuhuhu.

Pelik dah lama aku x ngangis camni. Dah dekat 2 tahun aku tak nangis tonton filem. Sangat sentimental la aku ni. Apa leh buat dah memang asalkejadian hati mudah tersentuh. Tambah2 kalo apa yang diceritakan tu adalah kena mengena ngan hidup aku. Huhuhu.

Semasa post ini ditulis. Serius aku sedang menangis....memikirkan.

Adakah apa yang aku buat skarang adalah apa yang benar aku mahu lakukan??

Atau

Keadaan yang memaksa aku melakukan?

Aku perlu berfikir panjang. Thanks Morrie....:)

Bila cakap pasal bersyukur ni. Adakah aku seorang yang tak bersyukur? teruk sangat ka aku ni?


Bila aku cakap pasal nak berhenti kerja yang aku buat sekarang, semua orang dikeliling aku memandang aku seolah-olah macam aku ni tak bersyukur dengan rezeki tuhan.

Kata mereka, aku diberi peluang untuk berkerja di luar negara dan mendapat habuan yang banyak dan aku masih mahu berhenti kerja. Kata mereka lagi, peluang ini bukan semua orang dapat memelikinya.

Ya, aku faham. Memang bukan semua orang mempunyai peluang seperti apa yang telah ALLAH S.W.T berikan kepada aku masa ini. Aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada NYA kerana telah memberikan aku peluang ini.

Bagaimana harus aku tunjukkan yang aku sangat bersyukur dengan peluang yang telah diberikan oleh Allah kepada aku kepada manusia di sekeliling aku?

Dengan membuat sebuah banner yang dan menulis dengan sebesar-besar font size yang ada di dalam perisian adobe Illustrator itu? Patutkah aku melakukan demikian.

Hakikatnya, semua itu tak perlu. Hanya aku dan Allah saja yang tahu apa kandungan isi hati aku. Jika lau pun manusia disekeliling aku tahu tentang isi hati aku, apa yang mereka mampu lakukan? Hanya lihat dan senyum. Hakikatnya kehidupan aku adalah hak milik aku dan pencipta aku, ALLAH S.W.T.

Bersyukur dengan kerjaya

Sepanjang perjalanan aku dalam pekerjaan aku ini. Telah banyak membuka mata aku tentang kehidupan dunia ini. Aku telah menjelajah ke 4 buah negara yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. Walaupun tempoh aku berada di sesuatu tempah adalah terhad, tapi aku cuba sedaya upaya mempelajari apa yang boleh membantu aku dalam kehidupan aku.

Ya, aku telah pergi ke Australia, Qatar, Indonesia dan UAE. Adakah aku bangga dengan pencapaian aku? Ya, aku sangat bangga. Walaupun hakikatnya pekerjaan aku ni boleh dilakukan oleh sesiapa saja.

Tapi, sejak 6 bulan kebelakangan ini. Minat aku untuk terus berkecimpung dalam pekerjaan ini sudah terhenti. Ya, kadang-kadang kerana stress, tapi normal untuk kita bekerja dan stress. Yang pasti minat untuk meneruskan semua ini sudah tiada. Tiada lagi perasaan yang melonjak untuk melakukan pekerjaan ini. Semakin hari aku semakin tertekan dan tidak gembira.

Aku pun tidak tahu apa yang terjadi. Yang pasti aku bersyukur atas pekerjaan ini. Bukan sahaja membuatkan diri aku bangga. Malas Ibubapa dan keluarga dan rakan2 juga bangga berkawan dengan aku.

Bersyukur sehingga akhir hayat

Mungkin dah tiba masanya aku memberi orang lain untuk mencuba pengalaman yang aku lalui ini. Seperti prinsip hidup aku, aku tak mahu menjadi expert dalam sesuatu bidang. Hidup cuma sementara. Aku mahu lakukan banyak perkara sebelum aku menemuinNYA di hari pengadilan.

Sesungguhnya hanya ALLAH saja yang tahu isi hati manusia yang bernama Jasman Hazly Jamaludin ini.


Wassalam


Nak cita ckit pasal branded spesis ni. Aku xla jenis branded spesis. Beli sebab berkenan, bukan sbb branded. Huhuhu. Tapi tahu la pasal benda2 branded ni. Xdak la buta kayu. Suka gak fesyen. Tapi xdak la menonjol. Stakat bagi pendapat sikit2 ada la.

Tapi ada kes, sampai gaduh ngan supervisor kat Jakel la. Maklum la dia kata dia ada degree in fashion design. Serius. aku rasa cam nyampah gila. aku cam nak ja cak
ap. Im Degree in computer science ok....nak masuk kena dapat math A...hahaha. Stakat art and design tu....pendidikan seni pun aku amik la masa spm...cuma xjadi amik exam ja....hahaha...malas nk bt projek. Hahaahaa..

Tapi tu la, sepanjang kat sini. hahaaha..banyak la orang2 yg spes
is branded ni. Aku Pkai gak la yg branded tapi tgk benda la. Tapi kalo aku nk beli yg branded, make sure betul nampak setaraf ngan harga yang aku bayaq. huhuhu....xkan beli benda2 bodoh yg sama ngan cap ayam. Tapi bayaq mahal. Sbb apa nak tau??...sbb nanti org
xperasan...diaorang tak tegur. Hahahaha...terukkan...ishkk2..Tu la motif utama spesis braded ni....jadi kalo kita pakai sumthing yg x branded..tapi nampak nice. Bila diaorang tanya....jangan cakap apa2. Biaq ja diaorang teka...padahal kita pakai cap ayam. Sbb dia nampak dia...spesis braded akan kata yang tu mahal. Hahahahahaha....bongek kan diaorang. Hahahaha.

Kat sini LV tu cam TAIK la....semua orang pakai LV yg original. Kalo malay
sia tu...Siti and the geng ja pakai....hahhaha. Yang lain semua GM borong...hahahaha.

Kalo mampu xpa...ni kat Malaysia, yang xmampu pun nak pakai yg branded. Serius cam TAIK. pakai jenama kat Jusco tu apa salahnya. Bukan dosa pun. Motifnya...nak tunjuk kat org. Huhuhu..

Aku nak beli koleksi beg yang Bally fake kat bandung pun ikiaq 2 kai...hahahaa...last2 xbeli. Pernha x dgr org cakap camni.

1-"Jom g Crocs jap. Sandal i dah resok la. Crocs best la. Xdak la mahal sangat. worth it la beli." cam nak ja kata..huhuhuhu
2-"Jom nak g beli T-shirt jap. Jom g Topman. Tshirt dia cantik ckit" Nak ja kata...kadang2 tshirt kat c2 cam taik gak pun. Sbb jenama semua pun kata cantik. Nyampah aku. Nak ja bg penyepak.

Dan macam2 lagi la ayat yang anda jumpa. Ya la. mampu kan. Apa leh bt org xmampu ni. Tgk ja la. Hahahhahaha. Tapi kadang2 aku pun punya la geram. Akan balas balik la...hahaha...cakap cam hebat. Tapi apa pun xdak. Geram punya pasai. HAhahaha....

Kepada yang mampu...xsalah pun anda jadi spesis ini. Sapa lagi nak beli barang mahal camni kalo bukan anda. Satg tutup pulak butik2 mahal tu.

Kepada yang xmampu...buat cara xmampu. Xyah la pakai yg mahal2. Pakai yg besa dah. Satu gi xyah la beli yg fake. Beli la yg jenama x famous, tapi style yg lebih kurang. Create your own image. HUhuhuhu.

Sekian.
P/S: Masih rasa nak sepak penerajang geng spesis ni...sbb jeles dan rasa depa membazir....hahahaaha. kalo ya pun bg la aku satu,....teringin gak. Koleksi Beg Bally Pleaseeeeeeeeee.....

Haish....semenjak 2 minggu yang lalu, perasaan ni cam nak GILA ja. Aku suka dia ka?? Haishhh..

pelik sungguh xtahu nak kata macamnana. Xkan angau kot.

Kalo cakap pasal angau tetiba teringat ayat yang abah slalu kata. "Taik telinga pun kata kaya, taik gigi pun kata mentega" kalo dah angau. Haish.

Perasaan ja kot. Aku ni kadang2 duk jauh GILA ckit...mereng pun cam ada gak. Xtau nak beza perasaan cinta atau x. Pelik la. Aku suka dia ka?? kami keluaq sama2...mula2 tak rasa apa pun masa dia duk cita pasal xbf dia. Tapi lama2 rasa nyampah pun ada. Slalu la kami kongsi2 pasal kisah hidupa kami. Ya la...nama pun kawan baik.

Takkan aku jatuh cinta kat dia kot. Tak mungkin kan?? Tapi awat duk ingt kat dia??? setan banyak sungguh dalam kepala...merapu aihhh...Tapi tu la...dia slalu DENGAQ bila saya bercakap dan saya juga melakukan sebaliknya.

La ni duk guna panggilan Bee dan Honeydew...tapi semua tu main2 ja....tapi bila dah 2 minggu duk panggil ni..dah xselasa nk panggil "ko" "aku" dah. Haishhh..pelik.

Ada satu hari tgh drive dari Ras Laffan balik Apartment tetiba ja teringat dia. Pastu senyum sorang2..pelik gila kan?? Peristiwa yang aku teringat tu...adalah ya...bila dia kami ngah bercakap ngan kawan2...masa tu aku sedang cakap, pas2 kawan aku nyampuk..aku xsempat nak habis cakap...pas2...bila kawan aku habis cakap..dia tanya balik..apa yg aku nk cakap tadi. Concern kan??

Dia mmg la macam tu dengan semua orang. Cuma makin hari makin selesa. Selama disini....bila aku down ja...dia yg bg semangat. Aku suka kat dia sbb dia support aku ka....atau pun aku mmg IN LOVE ngan dia....arghhhhhhhhhh..pelik sungguh.

Balik Malaysia ni cam nak ajak dia pi dating...mau ka dia. Blasah ja la. Pasrah dan redha. Kalo dia tolak masa tu....dah la ajak face to face.....erhmmm mesti rasa cam dia bg penerajang depan muka. Apa leh buat, kena la berani terima risiko. Hehehehe.

Apa ja la....

Buat masa la ni aku tahu dia suka:
1-Krusher KFC Mocha.
2-Enjoy nonton teater.
3- Brownies ngan aiskrim kat secret recipe
4- Suka bergaya...hahaha

Dah2...gila pelik kelakuan saya skarang. Nak muntah hijau dah baca kelakuan sendir....MERENG

About this blog

It all about me and incident or event that happen around me. Or everything that i want to express. All the idea and xpression com REAL from me and my self.
Hazley Jamaludin

Total Pageviews

Popular Posts