Setelah sekian lama aku tak membaca novel, tetiba masa di Dubai, bila aku sorang2 aku terasa macam nak beli novel. Tapi aku tak tahu novel apa patut aku baca.


Aku nampak satu novel ni. Pasal true story. Ok..saya suka pasal true story. Xberapa suka sangat pasal fiksyen. Sbb tak dapat bayang kan tempat dan keadaan masa dalam novel tu. Ada satu novel yang aku ternampak. {ernah sorang kawan rekemenkan tuk aku. Nama penulis tu Mitch Albom. Aku pun beli la nokel yang bertajuk Little Faith. Aku belum baca habis. Tapi aku belum faham apa yg dia maksudkan dalam novel tu.

Balik ja dari beli novel tu, aku menonton TV. Kartun The Simpsons. Ok...tetiba dalam tu ada watak Mitch, nak tulis cerita pasal Datuk dalam keluarga simpsons. Ok. Kenapa dah 2 kali Mitch Albom difikiran.

Arini lepas balik jer dari Dubai. Aku sorang2 dalam bilik. Mesti la sorang xkan ramai2 kot. huhuhu. Tetiba cam nak search citer Tuesday with Morrie. Lepas tonton 11 siri filem tu. Aku tetiba menangis. Tanpa disuruh. Huhuhuhu.

Pelik dah lama aku x ngangis camni. Dah dekat 2 tahun aku tak nangis tonton filem. Sangat sentimental la aku ni. Apa leh buat dah memang asalkejadian hati mudah tersentuh. Tambah2 kalo apa yang diceritakan tu adalah kena mengena ngan hidup aku. Huhuhu.

Semasa post ini ditulis. Serius aku sedang menangis....memikirkan.

Adakah apa yang aku buat skarang adalah apa yang benar aku mahu lakukan??

Atau

Keadaan yang memaksa aku melakukan?

Aku perlu berfikir panjang. Thanks Morrie....:)

Bila cakap pasal bersyukur ni. Adakah aku seorang yang tak bersyukur? teruk sangat ka aku ni?


Bila aku cakap pasal nak berhenti kerja yang aku buat sekarang, semua orang dikeliling aku memandang aku seolah-olah macam aku ni tak bersyukur dengan rezeki tuhan.

Kata mereka, aku diberi peluang untuk berkerja di luar negara dan mendapat habuan yang banyak dan aku masih mahu berhenti kerja. Kata mereka lagi, peluang ini bukan semua orang dapat memelikinya.

Ya, aku faham. Memang bukan semua orang mempunyai peluang seperti apa yang telah ALLAH S.W.T berikan kepada aku masa ini. Aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada NYA kerana telah memberikan aku peluang ini.

Bagaimana harus aku tunjukkan yang aku sangat bersyukur dengan peluang yang telah diberikan oleh Allah kepada aku kepada manusia di sekeliling aku?

Dengan membuat sebuah banner yang dan menulis dengan sebesar-besar font size yang ada di dalam perisian adobe Illustrator itu? Patutkah aku melakukan demikian.

Hakikatnya, semua itu tak perlu. Hanya aku dan Allah saja yang tahu apa kandungan isi hati aku. Jika lau pun manusia disekeliling aku tahu tentang isi hati aku, apa yang mereka mampu lakukan? Hanya lihat dan senyum. Hakikatnya kehidupan aku adalah hak milik aku dan pencipta aku, ALLAH S.W.T.

Bersyukur dengan kerjaya

Sepanjang perjalanan aku dalam pekerjaan aku ini. Telah banyak membuka mata aku tentang kehidupan dunia ini. Aku telah menjelajah ke 4 buah negara yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. Walaupun tempoh aku berada di sesuatu tempah adalah terhad, tapi aku cuba sedaya upaya mempelajari apa yang boleh membantu aku dalam kehidupan aku.

Ya, aku telah pergi ke Australia, Qatar, Indonesia dan UAE. Adakah aku bangga dengan pencapaian aku? Ya, aku sangat bangga. Walaupun hakikatnya pekerjaan aku ni boleh dilakukan oleh sesiapa saja.

Tapi, sejak 6 bulan kebelakangan ini. Minat aku untuk terus berkecimpung dalam pekerjaan ini sudah terhenti. Ya, kadang-kadang kerana stress, tapi normal untuk kita bekerja dan stress. Yang pasti minat untuk meneruskan semua ini sudah tiada. Tiada lagi perasaan yang melonjak untuk melakukan pekerjaan ini. Semakin hari aku semakin tertekan dan tidak gembira.

Aku pun tidak tahu apa yang terjadi. Yang pasti aku bersyukur atas pekerjaan ini. Bukan sahaja membuatkan diri aku bangga. Malas Ibubapa dan keluarga dan rakan2 juga bangga berkawan dengan aku.

Bersyukur sehingga akhir hayat

Mungkin dah tiba masanya aku memberi orang lain untuk mencuba pengalaman yang aku lalui ini. Seperti prinsip hidup aku, aku tak mahu menjadi expert dalam sesuatu bidang. Hidup cuma sementara. Aku mahu lakukan banyak perkara sebelum aku menemuinNYA di hari pengadilan.

Sesungguhnya hanya ALLAH saja yang tahu isi hati manusia yang bernama Jasman Hazly Jamaludin ini.


Wassalam


Nak cita ckit pasal branded spesis ni. Aku xla jenis branded spesis. Beli sebab berkenan, bukan sbb branded. Huhuhu. Tapi tahu la pasal benda2 branded ni. Xdak la buta kayu. Suka gak fesyen. Tapi xdak la menonjol. Stakat bagi pendapat sikit2 ada la.

Tapi ada kes, sampai gaduh ngan supervisor kat Jakel la. Maklum la dia kata dia ada degree in fashion design. Serius. aku rasa cam nyampah gila. aku cam nak ja cak
ap. Im Degree in computer science ok....nak masuk kena dapat math A...hahaha. Stakat art and design tu....pendidikan seni pun aku amik la masa spm...cuma xjadi amik exam ja....hahaha...malas nk bt projek. Hahaahaa..

Tapi tu la, sepanjang kat sini. hahaaha..banyak la orang2 yg spes
is branded ni. Aku Pkai gak la yg branded tapi tgk benda la. Tapi kalo aku nk beli yg branded, make sure betul nampak setaraf ngan harga yang aku bayaq. huhuhu....xkan beli benda2 bodoh yg sama ngan cap ayam. Tapi bayaq mahal. Sbb apa nak tau??...sbb nanti org
xperasan...diaorang tak tegur. Hahahaha...terukkan...ishkk2..Tu la motif utama spesis braded ni....jadi kalo kita pakai sumthing yg x branded..tapi nampak nice. Bila diaorang tanya....jangan cakap apa2. Biaq ja diaorang teka...padahal kita pakai cap ayam. Sbb dia nampak dia...spesis braded akan kata yang tu mahal. Hahahahahaha....bongek kan diaorang. Hahahaha.

Kat sini LV tu cam TAIK la....semua orang pakai LV yg original. Kalo malay
sia tu...Siti and the geng ja pakai....hahhaha. Yang lain semua GM borong...hahahaha.

Kalo mampu xpa...ni kat Malaysia, yang xmampu pun nak pakai yg branded. Serius cam TAIK. pakai jenama kat Jusco tu apa salahnya. Bukan dosa pun. Motifnya...nak tunjuk kat org. Huhuhu..

Aku nak beli koleksi beg yang Bally fake kat bandung pun ikiaq 2 kai...hahahaa...last2 xbeli. Pernha x dgr org cakap camni.

1-"Jom g Crocs jap. Sandal i dah resok la. Crocs best la. Xdak la mahal sangat. worth it la beli." cam nak ja kata..huhuhuhu
2-"Jom nak g beli T-shirt jap. Jom g Topman. Tshirt dia cantik ckit" Nak ja kata...kadang2 tshirt kat c2 cam taik gak pun. Sbb jenama semua pun kata cantik. Nyampah aku. Nak ja bg penyepak.

Dan macam2 lagi la ayat yang anda jumpa. Ya la. mampu kan. Apa leh bt org xmampu ni. Tgk ja la. Hahahhahaha. Tapi kadang2 aku pun punya la geram. Akan balas balik la...hahaha...cakap cam hebat. Tapi apa pun xdak. Geram punya pasai. HAhahaha....

Kepada yang mampu...xsalah pun anda jadi spesis ini. Sapa lagi nak beli barang mahal camni kalo bukan anda. Satg tutup pulak butik2 mahal tu.

Kepada yang xmampu...buat cara xmampu. Xyah la pakai yg mahal2. Pakai yg besa dah. Satu gi xyah la beli yg fake. Beli la yg jenama x famous, tapi style yg lebih kurang. Create your own image. HUhuhuhu.

Sekian.
P/S: Masih rasa nak sepak penerajang geng spesis ni...sbb jeles dan rasa depa membazir....hahahaaha. kalo ya pun bg la aku satu,....teringin gak. Koleksi Beg Bally Pleaseeeeeeeeee.....

Haish....semenjak 2 minggu yang lalu, perasaan ni cam nak GILA ja. Aku suka dia ka?? Haishhh..

pelik sungguh xtahu nak kata macamnana. Xkan angau kot.

Kalo cakap pasal angau tetiba teringat ayat yang abah slalu kata. "Taik telinga pun kata kaya, taik gigi pun kata mentega" kalo dah angau. Haish.

Perasaan ja kot. Aku ni kadang2 duk jauh GILA ckit...mereng pun cam ada gak. Xtau nak beza perasaan cinta atau x. Pelik la. Aku suka dia ka?? kami keluaq sama2...mula2 tak rasa apa pun masa dia duk cita pasal xbf dia. Tapi lama2 rasa nyampah pun ada. Slalu la kami kongsi2 pasal kisah hidupa kami. Ya la...nama pun kawan baik.

Takkan aku jatuh cinta kat dia kot. Tak mungkin kan?? Tapi awat duk ingt kat dia??? setan banyak sungguh dalam kepala...merapu aihhh...Tapi tu la...dia slalu DENGAQ bila saya bercakap dan saya juga melakukan sebaliknya.

La ni duk guna panggilan Bee dan Honeydew...tapi semua tu main2 ja....tapi bila dah 2 minggu duk panggil ni..dah xselasa nk panggil "ko" "aku" dah. Haishhh..pelik.

Ada satu hari tgh drive dari Ras Laffan balik Apartment tetiba ja teringat dia. Pastu senyum sorang2..pelik gila kan?? Peristiwa yang aku teringat tu...adalah ya...bila dia kami ngah bercakap ngan kawan2...masa tu aku sedang cakap, pas2 kawan aku nyampuk..aku xsempat nak habis cakap...pas2...bila kawan aku habis cakap..dia tanya balik..apa yg aku nk cakap tadi. Concern kan??

Dia mmg la macam tu dengan semua orang. Cuma makin hari makin selesa. Selama disini....bila aku down ja...dia yg bg semangat. Aku suka kat dia sbb dia support aku ka....atau pun aku mmg IN LOVE ngan dia....arghhhhhhhhhh..pelik sungguh.

Balik Malaysia ni cam nak ajak dia pi dating...mau ka dia. Blasah ja la. Pasrah dan redha. Kalo dia tolak masa tu....dah la ajak face to face.....erhmmm mesti rasa cam dia bg penerajang depan muka. Apa leh buat, kena la berani terima risiko. Hehehehe.

Apa ja la....

Buat masa la ni aku tahu dia suka:
1-Krusher KFC Mocha.
2-Enjoy nonton teater.
3- Brownies ngan aiskrim kat secret recipe
4- Suka bergaya...hahaha

Dah2...gila pelik kelakuan saya skarang. Nak muntah hijau dah baca kelakuan sendir....MERENG

Dah masuk 2 minggu aku kat sini. Kat mana?? kat Qatar.


Tujuan pertama datang kesini utuk SAT. OK...selepas diarahkan saya datang. Tapi, semasa nak datang kesini perasaan dan hati tidak begitu enak. Saya tak tahu kenapa. Apa yang pasti bermacam-macam bermain difikiran.

Semasa dah sampai di Qatar pada hari Isnin yang lalu pun...saya berasa agak tertekan. Saya disini untuk melakukan kerja SAT. Tapi hakikatnya, saya tidak memahami lansung sejarah pembangun sistem ini sebelum ini. Jika datang berteman yang tahu mengenai ini tak mengapa. Hakinyanya..saya berseorang. Apa-apa yang terjadi, harus saya tanggung. Dengan keadaan yang sangat tidak bersedia saya gagahi. Sepanjang saya melakukan kerja ini, saya memang tertekan. Tak tahu bagaimana tuk saya nyatakan. Saya gagahi jugak. Harini, semuanya sudah lengkap. SAT sudah disempurnakan. Kemudian saya teringat.

Sesungguhnya...Dia yang MAHA ESA telah memberi petunjuk kepada saya. Bahawa saya kadang2 lupa akan DIA yang telah memberi segala NIKMAT yang saya perolehi sekarang. Ya, saya LUPA...jadi kesukaran yang telah saya alami ni disebabkan saya LUPA mengingati dia. Seolah-olah saya telah memesongkan kiblat saya ke arah wang semata-mata.

Tapi, dengan tetiba saya mula menyedari....saya mmg telah melupakannya...saya lupa kepada yang telah banyak memberi kepada saya.

Sekarang saya berasa lebih tenang kerana kembali mengingati dia...saya harap...saya xkan melupakannya lagi....dan saya berharap..dia xakan membenarkan saya melupakannya....aminnnn

Dah agak lama tak menulis. Rasa kekok pun ada. Kali terakhir menulis rasa nya macam awal tahun ni. Ntah la...kadang-kadang rasa macam nak menulis.. Tapi bila di ON ja lappy ni, rasa cam xder idea plak nak tulis.


Sejak diakhir penulisan di blog, my life is different now. Totally different. Aku pun tahu. Macam selalu...jawapan yang dicari masih belum jumpa. Banyak perkara lagi yang nak dilakukan dalam kehidupan.

Since the last time i wrote here. i was busy with my work. Macam tak pernah-pernah habis. Pasal kerja ni...kadang-kadang aku suka sangat dengan kerja ni. Dan kadang-kadang aku rasa menyampah dan bosan pun ada. Tapi apa boleh buat. Dah cuba mohon kerja baru, Tapi tak ada satu pun yang sangkut. Semakin hari semakin rumit hidup ni. Nak berhenti kerja....hutang dah la banyak...dengan hutang belajar la...hutang kereta la. Nasib belum beli rumah. Niat di hati memang nak beli. Cuma beban hutang yang ada skarang ni terlampau besar. (kadang2 mengeluh gak....walaupun itu bukanlah satu tindakan yang baik dan tidak digalakkan sebagai seorang muslim). Masuk 6hb Januari tahun depan, dah masuk 2 tahun kerja di company ni. Dan macam2 belajar. Mungkin dah masa untuk pergi lebih jauh kot. kan???

Tu pasal kerja. Ni pasal belajar pulak. Baru-baru ni aku apply untuk sambun belajar Master part time. Keputusan belum diketahui. Tapi memang akan dapat. cuma xtahu bila aku akan start. mungkin semester hadapan. Lepas ni aku akan bergelar pelajar semula...tapi separuh masa. Mulai skarang kena la usaha lebih sikit sebab tanggungngan dah bertambah. InsyaAllah...nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Tu pasal belajar, cakap pulak pasal umur. Dah masuk 25 tahun dan aku. Dah suku abad dah aku kat muka bumi Allah ni. Tak tahu lah berapa banyak amalan aku dibawa keSANA nanti. Erhmm..takunya. Ya..kadang2 aku lupa...kadang2 aku ingat. Jangan LUPA terus dah la. Rami dah kawan2 yang kawin umur ni. Aku???....ooo masih jauh kot perjalanan aku. Belum jumpa yang sesuai. InsyaAllah..kalo ada rezeki..ada la nanti. Kalo xder...nak bt camna...pasrah ja la...ngeeeeeee

Tu semua pasal apa yg dah aku lakukan setakat ini.

Cakap pasal tajuk blog, Start Over...aku seharian arini menonton cerita ugly betty + Glee. Aku blajaq sumthing dari betty.....Sebagai manusia, hidup mesti diteruskan....walaupun kita terpaksa mengucap perpisahan dan selamat tinggal kepada semua. (tetiba rasa cam sedey plak....dah tak leh nak tulis....nanti ja la sambung + dah xder idea nak merapu...xtau nak menterjermah kan perasaan ni dalam bentuk ayat....jadi sambung ni)

Salam Maal Hijrah...marilah kita bersama berubah menjadi yang lebih baik. :)

Dah agak lama tak tulis blog lepas hosting blog aku tak dibayar...huhuhu. Malas nk bayar pun ada gak sebenarnya. Huhuhu. Ni blog yg baru dibuat. Tak la baru sangat sebenarnya. Dah lama buat...cuma malas ja nk menulis kat sini. HUhuhu.

Dah nak masuk satu tahun lima bulan aku kerja. Masih kerja di tempat yang sama. Kadang2 aku rasa nak ja kuaq dari company ni. Tapi knp??? sbbnya,,,aku xbuat sangat pun kerja2 IT ni. Aku hanya buat kerja yang sebenarnya yang dilakukan oleh pemegang ijazah chemical engineering. Aku tahu programing skill aku tak bagus. Tapi xla....samapi xtahu nk buat kerja. Huhuhu.

Sekarang aku dekat bintulu. Smalam hari yang sangat rushing bagi aku. Smalam pagi aku half day...semata-mata nk pergi 2nd interview dekat MEPS (Malaysian Electronic Payment System). Aku sangat2 hara dapat. Tapi dia nk pakai org dengan kadar yang segara. Mana nk dapat, Mana leh aku nk berhenti dari company skarang sesuka hati. Masuk cara elok, dan sepatutnya...keluar pun secara elok. huhuhu....nak buat camna dah bukan rezeki aku kot. Tapi benefit company ni mmg best la...huhuhuu....Tapi aku redha dengan ketentuannya. Smalam....bila dia suruh tulis coding tuk java connect ODBC aku xleh..sbb mesti la aku xingat. kurang2 nak kena tanay encik google dulu. Huhuhu. Ntah la. Aku pun xpasti,

Esok aku balik ke Shah Alam. Ni rata aku transit2...sok nak transit kat Kuching, Ingat nk jalan2 jap la kat Kuching, Dah la aku xbawak camera SLR aku....aku dah lupa dah sbb sangat rushing smalam. Balik ja interbiu...samapi kui 1.30...pas2 1.45 teksi dah mai nk pi LCCT. huhuhu....penat2...jadi aku main masuk ja baju yg ada...ntah apa2 ntah. La ni aku yg rugi....alang2 dah ada kat Kuching patutnya aku stay situ for this weekend...tapi..masalahnya..kerja aku banayk yang belum siap. Huhuhu...dah la UAT dah nk dekat...arghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!...tekanan perasaan camni.

arghhh...penat2....aku dha xtau nak tulis apa. ok la...nanti kalo ada apa k tulis...aku tulis len...huhuhu~

About this blog

It all about me and incident or event that happen around me. Or everything that i want to express. All the idea and xpression com REAL from me and my self.
Hazley Jamaludin

Total Pageviews

Popular Posts