Bila cakap pasal bersyukur ni. Adakah aku seorang yang tak bersyukur? teruk sangat ka aku ni?


Bila aku cakap pasal nak berhenti kerja yang aku buat sekarang, semua orang dikeliling aku memandang aku seolah-olah macam aku ni tak bersyukur dengan rezeki tuhan.

Kata mereka, aku diberi peluang untuk berkerja di luar negara dan mendapat habuan yang banyak dan aku masih mahu berhenti kerja. Kata mereka lagi, peluang ini bukan semua orang dapat memelikinya.

Ya, aku faham. Memang bukan semua orang mempunyai peluang seperti apa yang telah ALLAH S.W.T berikan kepada aku masa ini. Aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada NYA kerana telah memberikan aku peluang ini.

Bagaimana harus aku tunjukkan yang aku sangat bersyukur dengan peluang yang telah diberikan oleh Allah kepada aku kepada manusia di sekeliling aku?

Dengan membuat sebuah banner yang dan menulis dengan sebesar-besar font size yang ada di dalam perisian adobe Illustrator itu? Patutkah aku melakukan demikian.

Hakikatnya, semua itu tak perlu. Hanya aku dan Allah saja yang tahu apa kandungan isi hati aku. Jika lau pun manusia disekeliling aku tahu tentang isi hati aku, apa yang mereka mampu lakukan? Hanya lihat dan senyum. Hakikatnya kehidupan aku adalah hak milik aku dan pencipta aku, ALLAH S.W.T.

Bersyukur dengan kerjaya

Sepanjang perjalanan aku dalam pekerjaan aku ini. Telah banyak membuka mata aku tentang kehidupan dunia ini. Aku telah menjelajah ke 4 buah negara yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. Walaupun tempoh aku berada di sesuatu tempah adalah terhad, tapi aku cuba sedaya upaya mempelajari apa yang boleh membantu aku dalam kehidupan aku.

Ya, aku telah pergi ke Australia, Qatar, Indonesia dan UAE. Adakah aku bangga dengan pencapaian aku? Ya, aku sangat bangga. Walaupun hakikatnya pekerjaan aku ni boleh dilakukan oleh sesiapa saja.

Tapi, sejak 6 bulan kebelakangan ini. Minat aku untuk terus berkecimpung dalam pekerjaan ini sudah terhenti. Ya, kadang-kadang kerana stress, tapi normal untuk kita bekerja dan stress. Yang pasti minat untuk meneruskan semua ini sudah tiada. Tiada lagi perasaan yang melonjak untuk melakukan pekerjaan ini. Semakin hari aku semakin tertekan dan tidak gembira.

Aku pun tidak tahu apa yang terjadi. Yang pasti aku bersyukur atas pekerjaan ini. Bukan sahaja membuatkan diri aku bangga. Malas Ibubapa dan keluarga dan rakan2 juga bangga berkawan dengan aku.

Bersyukur sehingga akhir hayat

Mungkin dah tiba masanya aku memberi orang lain untuk mencuba pengalaman yang aku lalui ini. Seperti prinsip hidup aku, aku tak mahu menjadi expert dalam sesuatu bidang. Hidup cuma sementara. Aku mahu lakukan banyak perkara sebelum aku menemuinNYA di hari pengadilan.

Sesungguhnya hanya ALLAH saja yang tahu isi hati manusia yang bernama Jasman Hazly Jamaludin ini.


Wassalam

0 comments:

Post a Comment

About this blog

It all about me and incident or event that happen around me. Or everything that i want to express. All the idea and xpression com REAL from me and my self.
Hazley Jamaludin

Total Pageviews

Popular Posts