Setelah sekian lama aku tak membaca novel, tetiba masa di Dubai, bila aku sorang2 aku terasa macam nak beli novel. Tapi aku tak tahu novel apa patut aku baca.


Aku nampak satu novel ni. Pasal true story. Ok..saya suka pasal true story. Xberapa suka sangat pasal fiksyen. Sbb tak dapat bayang kan tempat dan keadaan masa dalam novel tu. Ada satu novel yang aku ternampak. {ernah sorang kawan rekemenkan tuk aku. Nama penulis tu Mitch Albom. Aku pun beli la nokel yang bertajuk Little Faith. Aku belum baca habis. Tapi aku belum faham apa yg dia maksudkan dalam novel tu.

Balik ja dari beli novel tu, aku menonton TV. Kartun The Simpsons. Ok...tetiba dalam tu ada watak Mitch, nak tulis cerita pasal Datuk dalam keluarga simpsons. Ok. Kenapa dah 2 kali Mitch Albom difikiran.

Arini lepas balik jer dari Dubai. Aku sorang2 dalam bilik. Mesti la sorang xkan ramai2 kot. huhuhu. Tetiba cam nak search citer Tuesday with Morrie. Lepas tonton 11 siri filem tu. Aku tetiba menangis. Tanpa disuruh. Huhuhuhu.

Pelik dah lama aku x ngangis camni. Dah dekat 2 tahun aku tak nangis tonton filem. Sangat sentimental la aku ni. Apa leh buat dah memang asalkejadian hati mudah tersentuh. Tambah2 kalo apa yang diceritakan tu adalah kena mengena ngan hidup aku. Huhuhu.

Semasa post ini ditulis. Serius aku sedang menangis....memikirkan.

Adakah apa yang aku buat skarang adalah apa yang benar aku mahu lakukan??

Atau

Keadaan yang memaksa aku melakukan?

Aku perlu berfikir panjang. Thanks Morrie....:)

Bila cakap pasal bersyukur ni. Adakah aku seorang yang tak bersyukur? teruk sangat ka aku ni?


Bila aku cakap pasal nak berhenti kerja yang aku buat sekarang, semua orang dikeliling aku memandang aku seolah-olah macam aku ni tak bersyukur dengan rezeki tuhan.

Kata mereka, aku diberi peluang untuk berkerja di luar negara dan mendapat habuan yang banyak dan aku masih mahu berhenti kerja. Kata mereka lagi, peluang ini bukan semua orang dapat memelikinya.

Ya, aku faham. Memang bukan semua orang mempunyai peluang seperti apa yang telah ALLAH S.W.T berikan kepada aku masa ini. Aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada NYA kerana telah memberikan aku peluang ini.

Bagaimana harus aku tunjukkan yang aku sangat bersyukur dengan peluang yang telah diberikan oleh Allah kepada aku kepada manusia di sekeliling aku?

Dengan membuat sebuah banner yang dan menulis dengan sebesar-besar font size yang ada di dalam perisian adobe Illustrator itu? Patutkah aku melakukan demikian.

Hakikatnya, semua itu tak perlu. Hanya aku dan Allah saja yang tahu apa kandungan isi hati aku. Jika lau pun manusia disekeliling aku tahu tentang isi hati aku, apa yang mereka mampu lakukan? Hanya lihat dan senyum. Hakikatnya kehidupan aku adalah hak milik aku dan pencipta aku, ALLAH S.W.T.

Bersyukur dengan kerjaya

Sepanjang perjalanan aku dalam pekerjaan aku ini. Telah banyak membuka mata aku tentang kehidupan dunia ini. Aku telah menjelajah ke 4 buah negara yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. Walaupun tempoh aku berada di sesuatu tempah adalah terhad, tapi aku cuba sedaya upaya mempelajari apa yang boleh membantu aku dalam kehidupan aku.

Ya, aku telah pergi ke Australia, Qatar, Indonesia dan UAE. Adakah aku bangga dengan pencapaian aku? Ya, aku sangat bangga. Walaupun hakikatnya pekerjaan aku ni boleh dilakukan oleh sesiapa saja.

Tapi, sejak 6 bulan kebelakangan ini. Minat aku untuk terus berkecimpung dalam pekerjaan ini sudah terhenti. Ya, kadang-kadang kerana stress, tapi normal untuk kita bekerja dan stress. Yang pasti minat untuk meneruskan semua ini sudah tiada. Tiada lagi perasaan yang melonjak untuk melakukan pekerjaan ini. Semakin hari aku semakin tertekan dan tidak gembira.

Aku pun tidak tahu apa yang terjadi. Yang pasti aku bersyukur atas pekerjaan ini. Bukan sahaja membuatkan diri aku bangga. Malas Ibubapa dan keluarga dan rakan2 juga bangga berkawan dengan aku.

Bersyukur sehingga akhir hayat

Mungkin dah tiba masanya aku memberi orang lain untuk mencuba pengalaman yang aku lalui ini. Seperti prinsip hidup aku, aku tak mahu menjadi expert dalam sesuatu bidang. Hidup cuma sementara. Aku mahu lakukan banyak perkara sebelum aku menemuinNYA di hari pengadilan.

Sesungguhnya hanya ALLAH saja yang tahu isi hati manusia yang bernama Jasman Hazly Jamaludin ini.


Wassalam

About this blog

It all about me and incident or event that happen around me. Or everything that i want to express. All the idea and xpression com REAL from me and my self.
Hazley Jamaludin

Total Pageviews

Popular Posts